Leez (AF), Aepul (Drama Band) nikah Sabtu ini

Leez (AF), Aepul (Drama Band) nikah Sabtu ini

26 Dis – Aktres jelita Leez Rosli bakal menamatkan zaman bujangnya Sabtu ini bersama vokalis Drama Band, Aepul yang akan mengambil tempat di Masjid Salahuddin Al- Ayubbi Taman Melati, Kuala Lumpur.

"Saya tahu berita ini agak mengejutkan tapi itu bukan bermaksud saya tidak mahu menjemput media. Cuma saya segan menguar-uarkan majlis pernikahan saya kerana siapalah saya ini. Takut nanti media tak sudi pula untuk datang.

"Bagaimanapun jemputan tersebut tetap dibuat dan pihak Aepul yang akan menguruskan hal jemputan nanti.

"Berkenaan tarikh pernikahan pula, kalau ikutkan sudah beberapa kali tertangguh kerana jadual kami yang tidak mengizinkan. Jadi ibu Aepul minta kami bernikah dahulu dan resepsi akan diadakan Februari," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Leez dan Aepul telah mengikat tali pertunangan mereka pada 11 Disember berkata, mereka bercadang mahu mengadakan majlis pernikahan secara kecil sahaja.

"Kami bertunang 11 Disember lalu dan sejujurnya kami memang nak buat secara kecil-kecilan, namun memikirkan jemputan yang akan hadir, kami menyewa banglo besar untuk majlis itu demi keselesaan."

[Sumber foto: eberita]