Johnny Deep sah bertunang

Johnny Deep sah bertunang

2 Apr – Pelakon hebat siri filem "Pirates of the Caribbean" ini dilihat memakai cincin pertunangan beliau pada satu sidang media bagi mempromosikan filem terbarunya yang berjudul "Transcendence " di Hotel Grand Hyatt bertempat di Beijing, China pada 31 Mac yang lalu.

Johnny mempamerkan cincin pertunangannya yang bertatahkan berlian dan kelihatan feminin itu dilihat sebagai tindakan luar jangkaan untuk dirinya mengumumkan berita pertunangan beliau bersama pelakon "The Rum Diary", Amber Heard.

Johnny yang bakal menginjak ke usia 50 tahun pada Jun nanti menggelarkan cincin pertunangannya itu sebagai 'cincin tanda'.

"Saya memakai cincin tanda ini untuk memberi petunjuk yang saya sudah pun berpunya.

"Saya merasakan lebih rela untuk membuat kasut wanita daripada merancang majlis perkahwinan. Saya tidak boleh merancang sesuatu perkara kerana tidak bagus dalam hal itu," jelas Johnny pada portal media antarabangsa."